: )




Tuesday, 10 January 2012

RAMUAN MENGUATKAN TENAGA BATIN. 18SX

Penyakit berkaitan lemah tenaga batin adalah antara penyakit yang amat tidak diingini oleh kaum Adam. Amat jarang sekali bagi mereka untuk berkongsikan masalah seperti ini dengan teman-teman, apatah lagi orang luar. Di sini ada beberapa petua merawat lemah tenaga batin yang boleh saya kongsikan buat anda.

Lemah tenaga batin acapkali disamakan dengan mati pucuk. Hakikatnya, dua masalah ini adalah berbeza. Lemah tenaga batin sama dengan lemah syahwat dan ia berlaku apabila lelaki kurang bernafsu untuk melakukan hubungan kelamin dan juga keadaan zakar yang tidak cukup ereksi untuk melakukan hubungan seksual. Tetapi apabila masalah ini dibiarkan, ia akan berlarutan menjadi mati pucuk.




1. Bawang merah

Kupas bawang merah dan basuh bersih. Amalkan memakannya mentah-mentah sehingga terdapat perubahan.

2. Pinang

Biji pinang yang telah masak (kulit berwarna perang) direbus dengan segelas air. Setelah air rebusan kelihatan pekat, angkat dan tapiskan. Minumlah air rebusan itu tiga jam sebelum ingin melakukan perhubungan intim dengan isteri anda.

3. Durian

Perah buah durian hingga mengeluarkan air dan amalkan meminumnya.

4. Bachang

Ambil daun muda atau pucuk bachang dan direbus dengan segelas air sehingga mendidih. Tapis air rebusan dan campurkan dengan satu sudu besar madu lebah. Kacau rata dan minumlah ketika ia masih panas.

5. Beras

Basuh beras sebanyak tiga kali, basuhan terakhir itu hendaklah menggunakan air masak. Air basuhan terakhir itu diambil dan jadikan sebagai minuman, segelas sekali minum. Amalkannya tiga kali sehari.

6. Buah kantan

Ambil buah kantan dan rebus hingga mendidih. Tapiskan air rebusan apabila telah sejuk dan minum. Amalkan selalu.

7. Balung ayam ungu

Ambil biji balung ayam ungu dan campurkan dengan sedikit gula dan segelas air susu. Kacau rata dan minum.

8. Som jawa

Basuh bersih 5 gram akar Som jawa dan masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas. Tutup cawan tersebut untun beberapa minit, tapis dan minum ketika ia masih panas.

9. Jerangau

Rebus rizom jerangau dengan tiga gelas air dan biarkan hingga mendidih dan menjadi satu gelas. Tapis dan minum ketika ia masih panas.

10. Tongkat ali

Akar tongkat ali direbus dengan tiga gelas air dan biarkan ia mendidh sehingga airnya tinggal segelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Akar tongkat ali dikeringkan. Kemudian direbus dengan tiga gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Baki yang tinggal hendaklah ditapis dan minum apabila telah sejuk. Lakukan petua ini secara teratur.

11. Nampu

Ambil 100 gram akar nampu segar dan parut. Campurkan dengan 1 gram garam dan 10 gram kelapa parut. Gaul rata dan kukus untuk 20 minit untuk dimakan.

12. Lalang

Ambil akar lalang, batang beluru dan rebung buluh gading. Potong kecil kesemua bahan tersebut. Setelah dibasuh sebersih-bersihnya, rebus dengan tiga gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis dan minum. Amalkan selalu.

13. Senduduk putih

Basuh bunga senduduk putih sebersih-bersihnya dan dimakan mentah sebagai ulam.

14. Seroja air putih

Ambil 7g akar kering Seroja air putih dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi 2 gelas air sahaja. Setelah sejuk, tapis dan minum 2 kali sehari, segelas sekali minum.

15. Belimbing bukit

Ubi belimbing bukit dikeringkan dan direbus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.


16.3 batang kayu manis yang berukuran sekitar 2 inci

~ 1 biji kuning telur ayam kampung

Cara mengamalkannya;

1. Tumbuk lumat kesemua kayu manis tadi sehingga ia berubah bentuk menjadi serbuk.

2. Kemudian, campurkannya dengan kuning telur ayam kampung tadi dalam gelas.

3. Kacaukan ia hingga sebati dan minum.


Amalkan meminum ramuan ini dua kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan petang. Sebagai tambahan, anda boleh meminumnya kira-kira 1 jam sebelum bersama isteri. InsyaAllah anda akan merasakan perubahannya dengan mampu bertahan lebih lama.


Selamat Mencuba!

SENAMAN UNTUK MENGUATKAN TENAGA BATIN.