: )




Thursday, 12 January 2012

PELAJARI ILMU PERTOLONGAN CEMAS.

Salam ,

Jauh di lubuk hati kita terpendam satu rasa, pada suatu saat apabila terjadinya keadaan kecemasan dan kita adalah antara yang terlibat. Samada kita yang memberi bantuan, atau kita yang memerlukannya. Kadang-kadang kemungkinan itu agak mendebarkan.

Bagaimanapun, jika anda salah seorang dari yang berpengetahuan dan tahu mengenai keselamatan dan tanggungjawap dalam keadaan kecemasan, peluang untuk anda panik akan reda dan tidak wujud dan hasilnya pendirian positif akan muncul dari diri anda.

Pertamanya, jika anda ada ahli keluarga yang mengalami atau menghidapi penyakit yang mengancam nyawa seperti sakit jantung atau diabetes, anda seharusnya menjadi seorang yang berpengetahuan dan sentiasa bersedia tentangnya. Walaupun anda tidak tinggal bersama mereka tetapi anda mesti sekurang-kurangnya tahu akan bagaimana keadaan mereka. Antara sebabnya, tiada siapa yang tahu apa akan terjadi.

Apabila terjadi keadaan kecemasan, sifat tidak mahu ambil tahu dan menyerahkan segala-galanya pada pasukan bantuan perubatan adalah satu keadaan yang merugikan dan kadangkala memilukan. Dalam kata lain berserah pada takdir.. persoalannya tahukah kita apa yang telah ditakdirkan?

Ia tentang perkara yang membezakan antara hidup dan mati. Kemahiran menyelamatkan ini bukanlah sasuatu yang amat sukar dipelajari, malangnya tak ramai yang menyedari betapa pentingnya ia. Ditambah lagi dengan kesukaran dimana untuk mendapatkannya, ia seakan terpinggir tanpa mengira statistik kematian mengejut yang entah bila boleh menurun.

Kemahiran CPR atau teknik menghidupkan semula jantung dan paru-paru ini mudah dipelajari, dan setelah mempelajarinya, anda sebenarnya sudah pun bersedia. Ia adalah tentang bagaimana menghidupkan semula jantung dan paru-paru yang terhenti dan mengaplikasikan teknik-teknik dengan cepat dan tepat.

Dengan mempersiapkan diri anda dengan kemahiran ini, anda berupaya mengenalpasti dan menghadapi situasi kecemasan dengan tenang. Dan tanpa disedari, ia menjadi satu kemahiran yang tidak ternilai yang boleh kita pelajari.


Fakta: Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas.

Sekarang, bayangkan jika si MANGSA itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI SAYANGI!


Pentingnya Memiliki Ilmu Pertolongan Cemas!
Ramai yang beranggapan, ilmu mengenai pertolongan cemas adalah sesuatu yang membosankan dan tidak penting. Anggapan seperti...
"Tidak mengapalah! Saya tidak pernah alami kemalangan!"
"Orang lain ada, insyallah akan tolong saya bila saya alami kemalangan!"
"Apa susah-susah, kalau kemalangan, dail je lah 999!



USAH LAGI TERPINGA-PINGA DAN MEJADI BUNTU!!

Ramai orang menjadi BUNTU apabila berhadapan dengan situasi kecemasan adalah disebabkan mereka tiada sebarang pengetahuan tentang ILMU PERTOLONGAN CEMAS!.
Mahu di biarkan... Tidak Sampai Hati!
Mahu di tolong.. Takut Jadi Lagi Parah!
Mahu atau tidak, terpaksa di"tonton" sahaja mangsa tersebut. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan menyedihkan, lebih-lebih lagi jika anda adalah merupakan seorang ketua keluarga dan si mangsa pula adalah merupakan anak atau isteri anda.
Takkan anda hanya mampu melihat sahaja apabila anak atau isteri anda tiba-tiba...
  • Tercekik makanan atau susu
  • Terseliuh
  • Terkena kejutan elektrik
  • Luka berdarah terpijak benda tajam
  • Pengsan akibat pitam
  • Jatuh dan patah tulang
  • Lemas di kolan renang
  • Berdarah di telinga atau hidung
  • Demam panas yang keterlaluan secara tiba-tiba
  • Sawan
  • Kejang Otot
  • Mata tercucuk alat permainan
  • Muntah-muntah akibat keracunan makanan
  • dan bermacam-macam lagi kemalangan dan serangan penyakit yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa ada sebarang amaran dan peringatan.