: )




Wednesday, 11 January 2012

6 ANGGAPAN SALAH TERHADAP KUCING.

Anda Ingin Menjadikan Kucing Sebagai Penyeri Di Dalam Rumah Anda?

Ketahui Tip-tips Serta Panduan, Bagaimana Menjadikan Kucing Peliharaan Anda Sihat, Ceria Dan Menggembirakan Di Dalam Hidup Anda!..

Kepada Peminat & Pemilik Kucing.... Adakah anda sedang berada di dalam salah satu situasi dibawah?

Mengalami masalah di dalam penjagaan kucing?
Ingin menambah bilangan kucing?
Pernah memelihara kucing tetapi gagal?
Kucing anda selalu sakit?
Kucing anda tiba-tiba berubah sikap dan tidak selincah dahulu
Kucing anda terlalu kerap mengawan
Si Comel selalu membuang najis di merata tempat..
dan pelbagai lagi isu yang kadangkala memeningkan kepala berkaitan kucing anda?

-Dalam posts ini, saya akan berkongsikan 6 bentuk salah tanggapan yang kerap dan
biasa di utarakan oleh kita terhadap kucing. Tanggapan ini kebanyakkannya datang daripada
orang-orang dari Negara kita sendiri.
Antara tanggapan–tanggapan tersebut adalah, seperti berikut;

1. Jika kucing membuang najis selain dari tempatnya, sapukan hidungnya pada najis itu.
Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang kejam, malah ia tidak memberi apa-apa pengajaran
kepada kucing itu selain daripada memberi stress kepadanya. Kucing yang ketakutan dan
mengalami stress akan mengubah perilakunya lebih buruk daripada sedia ada.
Memberi hukuman sebegini kepada kucing akan menyebabkan kucing mengaitkan hukuman
dengan litter box itu dan akan terus menjauhinya.
Untuk melihat bagaimana kaedah yang sepatutnya dilakukan, sila lihat dalam “Bab 4 : Tentang
Memelihara Kucing” di dalam ebook “KucingComel”.

2. Kucing boleh minum susu lembu.
Walaupun banyak kucing yang sukakannya, ia amat tidak digalakkan terutamanya kepada anak
kucing dan kucing yang tua. Kucing tidak dapat menghadam laktosa (gula) yang terkandung
dalam susu lembu dan ini akan menyebabkan perutnya meragam dan cirit-birit. Keadaan ini
amat merbahaya kepada anak kucing kerana ia boleh menyebabkan risiko dehidrasi
(kekeringan air) yang cepat.
Kucing dewasa tidak memerlukan susu walaupun setitik. Jika kita masih mahu memberinya, kita
perlu memberikan susu istimewa yang telah dirumus khas untuk kucing meminumnya.

3. Kucing boleh makan ikan.
Tidak mengapa jika ianya adalah sekali-sekala tetapi tidak wajar dijadikan diet harian.
Memberinya terlalu banyak ikan boleh membawa kepada penyakit Steatis yang berpunca
daripada kekurangan Vitamin E. Kucing memerlukan taurine dalam dietnya dan ikan tidak ada
sumber taurine yang mencukupi.
Ikan yang terutamanya dari laut tercemar juga menyebabkan kucing berhadapan dengan risiko
keracunan magnesium (begitu juga manusia).

4. Kucing saya akan jadi malas jika dineuter atau spay.
Neuter akan mengelakkan populasi kucing menjadi tidak terkawal. Jika kita pergi ke pusat
perlindungan, kita akan dapat melihat apa nasib yang berlaku ke atas kucing-kucing yang
ketiadaan adopter. Kaedah ini juga sebenarnya memberi kesan yang baik kepada kesihatan
kucing itu sendiri.
Jika kucing kita mengalami berat badan badan berlebihan, kita perlu berjumpa dengan
veterinari dan berbincang dengannya satu plan diet. Jangan sekali-kali meletakkan kucing
kita dalam program diet tanpa kawal selia dari veterinari kerana ini boleh membawa kepada
situasi yang mengancam nyawa yang dipanggil Hepatic Lipidosis.

5. Kucing betina saya seharusnya mempunyai seekor anak sebelum dilakukan spay.
Tidak, adalah lebih baik melakukan spay sebelum umur 6 bulan untuk mengelakkannya
mengandung. Risiko mendapat kanser payudara juga meningkat jika kucing tersebut telah pun
mengandung pertama kalinya.

6. Kucing berdengkur (purr) kerana dia gembira.
Memang benar kucing berdengkur kerana mereka gembira tetapi mereka juga melakukannya
ketika dalam kesakitan. Kucing juga berdengkur ketika sedang melahirkan anak dan
kadangkala ketika menghadapi saat kematian. Purring lebih merupakan sebagai menyatakan
emosi berbanding mengucap kegembiraan.
Itulah sahaja 6 tanggapan salah yang sering berlaku terhadap kucing! Untuk mendapatkan lebih
banyak lagi info menarik berkenaan pemeliharaan kucing. Dapatkan ebook “Kucing Comel” di



NI MENUNJUKAN TUAN DIA JAGA DIA DENGAN BAIK SEKALI. HEHE




KUCING GEMUK!! KUCING COMEL!!